Monday, April 26, 2010

Sembang pasal torque converter

Bagi engin yang menggunakan gear auto , istilah tork converter memang tidak asing lagi dalam sistem gearbox engin tersebut. Di sini penulis ingin berkongsi maklumat mengenai sistem tork converter dalam gearbox auto. Perlu diingat, penulis bukanlah seorang yang pakar dalam sistem gearbox ini, tetapi sekadar hendak berkongsi ilmu tentang apa yang pernah penulis lalui dari segi pembacaan dan kajian.
Asas bagi gerakan sebuah kereta ialah penghantaran tenaga kinetik( iaitu pergerakan) dari sistem engin yang perlu dipindahkan kepada gerakan roda. Lazimnya,Perpindahan ini memerlukan 2 sistem yang begitu unik iaitu 1. sistem clutch 2. Sistem tork converter.
Apabila engin dihidupkan, sistem dalam engin akan terus bergerak tanpa henti. Jika tiada 2 sistem di atas, sudah tentu kenderaan akan terus bergerak sebaik sahaja suis dihidupkan. Bagi kenderaan yang menggunakan gear manual, sistem clutch digunakan untuk menyambungkan Bahagian putaran engin dengan sistem roda. Fungsi gear hanya untuk mengubah putaran roda dari perlahan hingga ke kelajuan penuh atau sebaliknya.
Tork converter hanya digunakan pada kenderaan auto yang mrupakan satu kebuk khas ynag diisi dengan minyak. Prinsip sistem ini boleh dikaitkan dengan dua kipas meja yang mana muka kipas diletakkan bertentangan. Satu kipas disambungkan dengan punca elektrik dan satu lagi tidak. Kipas yang dihidupkan suis itu akan menyebabkan udara di hadapan kipas itu berolak lalu menyebabkan bilah kipas yang terletak bertentangan itu berputar walaupun tiada punca elektrik. Prinsip ini samajuga dalam tork converter yang bezanya minyak digunakan berbanding dengan udara dalam prinsip putaran kipas tadi. Gerakan ceper pada engin akan menyebabkan berlaku perolakan pada minyak dalam tork converter lalu memusingkan plat-plat logam dalam sistem ini dan dipindahkan ke sistem roda. Apabila pedal minyak dilepaskan , putaran engin akan menjadi perlahan, walau bagaimana perolakan minyak tetap berlaku jadi plat logam akan berpusing dengan daya yang lemah, dan memindahkannya pada sistem roda dan menyebabkan kenderaan bergerak .Oleh itu pedal brek perlu ditekan untuk berhentikan gerakan roda.
Berdasarkan fenomena ini,kita dapati pad brek bagi kenderaan auto lebih cepat haus berbanding dengan kenderaan gear manual. Gesaran terhadap pad brek lebih tinggi pada gear auto dan tidak hairanlah kita perlu menukarkan pad ini lebih kerap berbanding dengan kenderaan gear manual

No comments:

Post a Comment