Saturday, April 17, 2010

bahana tukar plug guna plug opener

Bagi pengguna erv, untuk menukar plug adalah kerja yang agak rumit berbanding dengan menukarkan plug bagi kereta biasa. di samping bateri kena tanggalkan, kedudukan plug erv yang jauh ke dalam adalah merumitkan jika menggunakan plug opener yang biasa dijual di supermarket dan kedai hardware. Dengan menggunakan plug opener kemungkinan plug tertinggal di dalam adalah sangat tinggi. Ini kerana plug opener tidak mempunyai rubber hold untuk memegang hujung plug apabila plug sudah dibuka. Saya sendiri pernah melihat mekanik tertinggal plug di dalam . Untuk mengeluarkan plug mekanik terpaksa menggunakan wayar yang mana hujungnya dilekatkan bahan bermagnet.
Untuk lebih selamat digalakkan menggunakan tool rachet dan soket yang biasa digunakan di tempat2 servis. Ini kerana soket yang digunakan untuk membuka plug mempunyai rubber hold untuk memegang plug apabila plug sudah dilonggarkan

No comments:

Post a Comment